Showing posts with label Keluhan.. Rintihan.. Permasalahan... Show all posts

Friday, August 27, 2010

V1 : Bani Jawi masih tak ambil peduli akan derita Palestin.

Apakah kita sekarang ini sudah hilang kesedaran akan nasib anak anak kecil Palestin?

apakah kita masih mahu menuding jari , meletakkan tanggungjawab ini ke bahu orang lain?

Aku sangat sedih melihat Bani Jawi ku ini seakan sudah hilang kesedaran tentang nasib Palestine.

Seakan akan bumi Anbiya itu tiada harga di mata mereka.

seakan akan anak anak Palestine itu barang mainan yang layak dipijak.

sungguh. Kita ni pengecut! Linangan air mata kita hanya sementara! Kita lah rupanya hipokrit. Ya, kita semua!

Aku sangat malu kepada aktivis aktivis barat walaupun mereka adalah orang kafir.. Sifat kemanusiaan itu masih ada dalam diri mereka. Mereka lah yang saban hari berkongsi informasi tentang Palestin. Status mereka di fb pun tentang Palestin. Links yang mereka kongsikan juga links berkaitan Palestin. Sehingga aku tersalah sangka mengingatkan mereka itu muslim. Rupanya mereka bukan!

aku dah berkenalan dengan ramai juga aktivis barat samada yang beragama islam mahupun kristian.

Sedikit perbualan aku dan Carolyn Boe ketika aku baru mengenali nya.

Carolyn Boe : friends of Mary Shepard are welcomed to be my friend.

Taichou Mohamad Azhaari
Shah : thanks. XD. Carolyn, may i ask you something, where are you from? I'm from
Malaysia.

Carolyn Boe : Hanging her head in shame, she answered...US.

Taichou Mohamad Azhaari
Shah : It's okay, Carolyn. Atleast you have the conciousness. I will tell
you something, the whole world
are pointing their fingers against
US.

Carolyn Boe : Well that's been going on for awhile. I know. I feel the shame. I wish it were different. But it's a reality I have to live with. I moved to another country for awhile and it was restful. But a grandchild made me move back.
Love conquers all!

----------------------------

dia merasa malu tinggal di US. Tapi kita merasa lega kerana kita tinggal di Malaysia. Kerana bukan kita yang membunuh anak anak Palestin.

sungguh, kita ni jahil rupanya. Bukan kah Rasulullah SAW menyuruh kita membela saudara islam kita? Di manakah kita campakkan pengertian ummatan wahidah? Di mana?

Adakah kerana perbezaan kulit?
Tepuk dada tanya selera.

kita yang sepatutnya membela mereka. Malu lah kita pada Allah. Malu sangat. Betapa tak terdaya kita ini. Betapa lemahnya kita ini.

Kita bagaikan buih di lautan. Dilanggar ombak ia pecah.

Selama ni.. Aku rasa keseorangan. Aku rasa macam aku seorang ja yang fikir tentang mereka. Aku kesunyian dalam kepadatan statuses yang bersifat melalaikan sahaja.

Aku tahu bukan semua nya ignorant dalam permasalahan Palestin ini tapi aku tak jumpa seorang pun yang istiqamah dalam perjuangan mereka. Insha Allah. Aku berharap sangat dapat jumpa. Aku cuma jumpa Hasron' Rabbani. Dia lah tempat aku menceritakan tentang Palestin. Tempat aku berkongsi pendapat.

Aku perlukan pembimbing. Itulah sebab aku suka add orang Indonesia, orang Pakistan, orang India, dan orang Eropah. Kerana mereka istiqamah. Dapat dilihat dengan jelas. Semangat betul mereka.

Aku hanya berniat mempromosikan Palestin,
akan derita yang menimpa mereka,
ingin menunjuk tak pernah sekali,
hanya berharap mampu mempengaruhi minda kalian,
Supaya kalian tidak alpa,
Akan penderitaan mereka,
Walau kita tak pernah bersua,
ketahuilah Palestinians,
kau tetap kuingati!

Thursday, August 12, 2010

Klang, Bandar Truly Asia

Assalamualaikum.

sabtu lepas, setelah sekian lama aku tak menjejakkan kaki di bandar Klang (Bandar 1 Asia), aku tiba juga disana. Tak banyak perubahan pun.. Aku pergi masa tu dengan adik ,angah dan mama.
Abah aku tak ikut masa tu. Kerja.. Biasalah..

Memang niat nak cari baju melayu.. Terjumpa lah sehelai yang aku berkenan. Warna maroon. Lawa jugak.. [biasa nya baju melayu aku kalau tak warna biru, mesti warna biru gak. Bermakna sama je setiap tahun pilihan warna baju melayu ku ]

Di Bandar Klang , Bandar 1Asia kalau tak nampak Bangla, Pakistan, Nepal, Vietnamese, Filipinos, Indon, dan segala
memang tak sah. nama pun negara berbilang kaum, adat dan budaya.

agak2 10 tahun akan datang ada SRJK (Indon), SRJK (Bangla), SRJK (Mymamar) ' pastu sambutan citrawarna makin meriah dengan tarian budaya baru '. pasti dekat parlimen ada kerusi untuk indon, mymmar, bangla, nepal ' cuba bayangkan' meriah gila masa tu.. Heheh

Kerajaan masih kurang peka terhadap isu ini yang semakin merimaskan penduduk. Terlalu bangga dengan kehadiran pelancong setiap tahun yang dtg, padahal hanya sedikit sahaja yang pulang semula ke tanah air. Bila mereka sudah berkampung di sini dan membentuk komuniti, sedikit demi sedikit hak warganegara dikikis. Pada masa itu, dh susah nk hantar pulang '

jangan risau.. Aku bukanlah rasis. Aku melayan semua umat islam secara sama rata. Tak kisah lah kau dari suku kaum mana pun.

Tapi yang menyakitkan hati aku apabila mereka ni "buat macam rumah sendiri."

ini berpunca dari salah kita juga.. Terlalu membiarkan mereka bebas.. Bebas melakukan apa sahaja mereka mahu..sungguh.. Sikap individualisme ini lah yang menyebabkan mereka semakin berani.

aku cabar kalau ada antara kita yang berani menegur pekerja asing yang memekak di dalam bas bas awam,
yang melepak di depan mydin Klang.
yang berkerumun di stesen bas Klang.

berani ke?

oleh itu, Bandar Klang layaklah digelar Bandar Truly Asia atas kejayaannya mengumpulkan sekalian makhluk dari seluruh pelusuk Asia untuk berhimpun di stesen stesen bas, di pusat karaoke, di Centre Point Klang untuk membuat kampung mereka sendiri disana.. Haha..

"Kalau di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak oleh mereka."

Kadang-kadang isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini takkan habis sebab puncanya dari rakyat kita sendiri. Apakah puncanya?

¤ Bila ada kes baru terhegeh- hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.

¤ Operasi yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis. Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian lama di negara. Kalau di England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa pangat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun. Kalau di Malaysia? Rasanya kerajaan kurang 'susahkan' PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan, terutamanya di kawasan "hitam" bagi pendatang asing tanpa izin.

¤ Jika kita susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya 'panas' jugak mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa "honeymoon" untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat. Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI.

¤ Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja. Suka atau tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil rasuah, kami ucapkan TAHNIAH untuk anda. Tiada permit kerja tetapi nak hire pekerja asing!! Maka berbondong-bondonglah mereka datang dengan pas lawatan hingga tamat
tempoh!

antara jawapan beberapa responden mengenai hal PATI ni :

seorang dari Sabah berkata,

" paling teruk kat sabah lah .PATI siap kena bagi IC dan sampai sekarang dah beranak- pinak PATI ni 'kalau takde PATI, diorang tak menang pun time pilihanraya 'TERUK!!!!!' sekarang ni anak2 PATI dah ramai yang kerja dgn kerajaan terutama penguatkuasa undang2 'jadi, bila ada operasi tangkap PATI'faham2lah'bila serbu tempat sasaran, batang hidung PATI pun entah kemana 'Halimunan agaknya ya!!!! Bayangkan PATI yg dah jadi pegawai kerajaan( yg mengaku orang melayu sabah), sudah tentu diorang bagi peluang sama "orang melayu" sabah dulu kan?'suatu hari nanti,kita akan nampak yg tiada seorang pun bumiputra sabah yang kerja dgn kerajaan."

"Di Lahad Datu lagi teruk, boleh saja berkerja di mana-mana walau tidak mempunyai dokumen yg sah, x ada dokumen boleh saja buat rumah kat Lahad Datu, Sabah. Jalan saja ke bandar Lahad Datu,Sabah..1Malaysia? Rata2 bukan rakyat Malaysia kat Lahad Datu'Syurga PATI! Pernah sebuah perkampungan haram yg terang2 curi bekalan elektik SESB dan air untuk kampung di tengah2 bandar Lahad Datu, yg patutnya dimusnahkan di tentang oleh ahli politik yg merosakkan bandar."

" indon2 yang kosong kena bayar duit perlindungan kat polis RM30 ~ RM50 seorang/ bulan.bila time nak buat rush..petang tu ramai2 masuk hutan kat belakang..sbb polis dah bagitau..pastu restoran mamak kat aku keje ni ada buat judi kuda setiap minggu polis datang amik duit perlindungan..siap makan minum pree lagi. "

Friday, August 6, 2010

BUNGA YANG CANTIK DAN KEMBANG ITU JARANG MEWANGI

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah..”, maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia. Ah …siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kalau dia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekati dan ditangkap lari. Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.

Lebih malang jika jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

by Syam Mahsar

Wednesday, July 28, 2010

Pasal piece baru ni.... ada masalah sikit.

Assamualaikum..

ada satu masaelah..
makin kita cuba habiskan, makin banyak datang.

apa tu? Idea!

yes.. Idea.. Baru baru ni ada lah satu piece (of poem) ni.. Saya cuba nak siapkan lama dah. Dah hampir sebulan tapi tak siap siap juga..

mungkin kerana :

Kekangan masa.

kekangan masa? Mungkin juga. Dah masuk form 6 ni memang lah busy. Hurm.. Nak habiskan piece ni pun tak dapat.. I miss my idle times. Hehe

Idea mencurah curah.

mungkin juga. Makin lama, makin panjang. Tapi masalahnya sampai berapa stanza ko nak panjangkan ya Azhaari. Sudah2 la tu. Orang tak mau baca pun.. :'(

Grammar yang lousy.

yang ni memang betul pun. Sedih sedih. Tapi apa boleh buat. Dulu tak mau belajar betui2 grammar dengan teacher. Asek main kepung/titik (sejenis permainan menyambung titik2.biasa nya dimainkan pada buku petak matematik) ja.

Perfectionist?

ya kah? Mungkin juga. Sebab, piece yang ni seboleh2 nya nak pakai rhymes yang sama. Ala ala sonnet la kan. ^_^

Insha Allah.. Piece ni akan disiapkan tak lama lagi.

belum bagi title kat piece ni lagi. Tunggu lah nanti. ^_^

sedikit bait bait dari piece yang baru ini,

-------------------------------------------------

" We mayst hast thought that the aftermaths were mere,
but verily the adversities are for them to bear,
in their eyes the martryrdom are damn so near,
but still, we felt not a wee bit of guilt here?

We hast come to notice of this predicament earlier,
they are understandably so poor,
eating nothing might they were,
and yet we couldn't deliver,
even a brief prayer?
oh my dear!

they are of our own deen,
ignoring them is nothing less but a sin,
for their predicaments we must keen,
be united then together we can win..

---------------------------------------------------

more are to come, PERHAPS!

sekian.. Syukran kerana membaca..

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..