Showing posts with label Alter Terahsia Bangsa Melayu. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Antara Rahsia Negara

Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan Putrajayasehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan di Putrajaya. Ketika itu saya ingin ke tandas, malangnya bangunan terbabit mempunyai jalan yang agak mengelirukan. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk ke tandas dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan. Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit. Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat. Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara..."Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak...samada selut ataupun lantai konkrit?". Memang hebat Putrajaya...visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang. Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya. Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad. Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

Kepada pembaca...tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan. Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda...ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya. Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.

Kebangkitan akan bermula dari sini...

Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook

Renungan bangsa Melayu (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Peta sejarah ummat Islam Nusantara cuba dikecilkan dan kononnya ummat Islam hanyalah penduduk semenanjung Tanah Malayu dan Indonesia sahaja, tetapi hakikatnya dunia Nusantara asalnya hampir semua penduduknya adalah Islam. di utara ummat Islam Burma menjalar ke bawah (Siam). Siam (Ayuthia) dahulunya dikatakan milik kerajaan Islam, tatapi kerana kalah perang kepada tentera buddha dari pergunungan Tibet, maka mereka telah menjadi ibu negara Thailand sampai sekarang. Kerajaan Islam bersambung pula dengan Champa di Indo China.

Di selatan daripada Pattani sampai ke Johor dan Temasek. Kemudian daripada Tanah 'Rencong' Acheh sampai ke Tanah Jawa terus ke sempadan New Zealand sekarang. Jonah Lomu pemain ragbi All Black yang terkenal itu juga berbangsa Melayu, walaupun suku yang berlainan. Kemudian naik lagi ke utara, Pulau Sulawesi dan Makasar berbangsa Bugis, Pulau Borneo yang sebahagiannya diperintah oleh Kerajaan Brunei dan kesultanan Sulu. maju lagi terus ke Pulu Luzon. dahulunya kerajaan Manila yang diperintah oleh Sultan2 Islam.

Seni dan teknologi membuat mariam yang besar2 sebenar sudah sekian lama dimiliki oleh bangsa kita. kerajaan pattani dahulunya adalah sebuah kerajaan yang amat kuat. mereka adalah pakar2 membuat mariam. dikatakan beberapa kerajaan lain membeli mariam dari pattani sekiranya berlaku peperangan. dikatakan suatu ketika dahulu terdapat dua pucuk mariam yang diletakkan diatas kubu pertahanan kota pattani. sebanyak lapan kali kerajaan thai dari utaramenyerang dan cuba mengusasai pattani tetapi gagal, kerana terdapat dua pucuk mariam besar tersebut. akhirnya usaha untuk mengalahkan pattani, maka kerajaan siam telah menghantar seorang perisiknya. perisiknya telah berpura2 masuk islam dan cuba mengetahui rahsia mariam tersebut. apabila tentera thai menyerang pattani seterusnya, maka dia bertindak mengalihkannya ke arah lain.

dalam serangan itulah hancurnya kerajaan pattani. berpuluh ribu rakyat pattani dirantai kaki, dikerahkan berjalan kaki ke thai untuk dijadikan hamba. dua pucuk mariam kebanggan pattani tersebut dinaikkan ke atas kapal dengan tujuan untuk di bawa ke thai. sepucuk daripada mariam tersebut terjatuh ke dalam laut. cuma sepucuk yang berjaya dibawa ke thai. sekarang mariam tersebut menjadi bahan pameran di muzium di thailand. kini pattani sesudah kalah perang, telah dirosakkan jati diri islamnya sukar untuk bangkit. thailand tidak akan melepaskannya dengan mudah melainkan dengan cara perang!

Begitulah hebat dan besarnya daerah Islam di Nusantara di suatu masa dahulu, tetapi setelah kalah perang, dipecah2 oleh penjajah dan cuba dihilangkan kesan2 sejarah mereka, maka semangat kehebatan silam makin pudar.

Siapa Kita Sebenarnya (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?

Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Me

solitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi.

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??

Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.

Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.

Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!

Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...

Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.

Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.

Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.

Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.

Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?

Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.

Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.

Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab,peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung),tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.

Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa,Banjar,Minangkabau,Batak,Sunda,Bugis,suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai;ada beza di situ).

Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.

Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid-masjid,istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab ilmu,peta-peta,surat-surat,manuskrip undang-undang,inskripsi,bahan sastera (puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.

Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,

Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.

Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU. Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.

Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??

Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri semata-mata kerana mahukan tahta.

Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.

Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?

Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan

Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

Tulisan Aksara Rencong Melayu (Bukti Melayu pernah menghasilkan tulisan sendiri) (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

AKSARA RENCONG a.k.a TULISAN RENCONG - TULISAN MELAYU ASLI

Siapa kata orang Melayu tiada tulisan ciptaan bangsa mereka sendiri? Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

SEJARAH AKSARA RENCONG

Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

‘Aksara Rencong’ ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba. 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Walaubagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ketiga masihi lagi. Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia. Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat).

Penggunaan tiub buluh dalam aksara Rencong

Tiub buluh yang ditanggalkan untuk penulisan Rencong.

Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat. Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut. Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu. Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunapakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. Walaubagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Tulisan Kawi dan Palava mula digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno selepas diperkenalkan oleh pedagang dari India.

Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. (Huruf-huruf di dalam bulatan adalah keunikan bahasa Melayu dan tidak dijumpai di dalam tulisan Arab).

Sebab Sebenar Kejatuhan Melaka (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Kita disogokkan dengan idea dan gambaran bahawa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah ketinggalan zaman dan kolot. Mesti ada yang akan berkata itu peristiwa lama yang tidak memberi kesan pada kita pada hari ini. INILAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG MEREKA MAHU SUPAYA MELAYU PERCAYA. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja... Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...
Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” kawan Alter bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”
“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...
“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” kawan Alter mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”

Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...

“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”

“Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” kawan Alter terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! kawan Alter juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” kawan Alter memberi nasihat berguna bahawa sifat Melayu beginilah yang harus di ubah. Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama dan bangsa kita.... Amin

Misteri kejadian malam kejatuhan Melaka ke tangan Portugis yang disembunyikan.... (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Misteri : Ape yang Sebenar Terjadi pada Malam Kejatuhan Melaka??

1/3 sejarah melayu ditulis pada zaman kesultana melaka, 1/3 lagi masa di Johor lama and 1/3 lagi mase zaman Tun Seri Lanang.. 100 tahun selepas kejatuhan Melaka.

ada 3 rekod yg diketahui mengisahkan kejatuhan melaka:

1. Official rekod dari portuguese : Jatuh lepas berperang 15 hari 14 malam
2. Sejarah Melayu : Jatuh lepas berperang 3 hari and 2 malam
3. *Unknown chronicler : Jatuh lepas beperang 3 hari and 2 malam (similar dgn sejarah melayu)

*dikesan di library portugal, ditulis pada 1518, 7 tahun lepas kejatuhan melaka.. mungkin ditulis oleh askar portugis.. and translation dia oleh Royal Asiatic Society tahun 1902, reprinted 1911.:

Page ni plak mengisahkan.. kapal portugis cuba mendarat.. tapi.. tak boleh sebab askar melayu pakai meriam/senapang..

last2 dAlbuquerque berjaya mendarat > orang melayu mengamuk >Raja Alaudin charging dia punya gajah > 60 orang portugis mati >defense melayu bocor > portugis mara ke Masjid dipuncak bukit (St. Paul Church sekarang adalah bekas masjid) dan Istana raja Melaka >orang2 Melayu serang balik > portugis berundur ke kapal mereka, and banyak mati (Hari Pertama)

(Hari Kedua) Portugis mendarat semula, tetapi dihalang 700 askar Melayu dibawah Raja Alaudin,.. ramai Portugis mati > tapi askar Melayu berundur ke tapak2 kedai yg terbakar dikota melaka > Raja Alaudin menyerang lagi > Kemudian berundur semula

Laksamana Hang Nadim menyerang melalui sungai dari arah belakang tentera portugis > and portugis berundur semula ke kapal mereka

(Hari ketiga) ni yang pelik sikit ni

Portugis mendarat lagi skali... tapi pelik.. semua tentera sultan tiada..

Sekarang.. lihat catatan2 ni:

- portugis gagal mendarat, and gagal secure holding position.. semua retreat balik pegi kapal mereka
- portugis berjaya membakar masjid dan istana.. tapi gagal mendudukinya
- portugis hanya berjaya maju dikawasan bandar dan perlabuhan melaka.. tidak sampai ke bukit cina
- askar melayu menang perang.. tapi mereka berundur??????

kenapa??? ape yang sebenarnya terjadi pada malam itu??

Kenapa askar2 Melayu berundur sedangkan askar2 Melayu dapat mengalahkan tentera Portugis? Sekiranya ahli2 Alter Terahsia Bangsa Melayu ada maklumat tentara malam terakhir kejatuhan Melaka ini bolehlah dikongsi bersama di sini...

Kehebatan Teknologi Melayu Silam (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Banyak yang memberitahu kita tidak perlu memandang kebelakang untuk maju kehadapan. Tetapi tanpa mengetahui sejarah, kita umpama seperti bangsa yang di lupakan dunia. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah bangsa Melayu. Jika bukan kita siapa lagi?

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.

SAINS MELAYU
Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7
Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.

TEKNOLOGI MELAYU
Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu

Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara

Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton
Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang
Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini.

Belajar dengan adab (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

 Menurut guru Alter Terahsia Bangsa Melayu, di zaman dahulukala anak muda akan mendayung ke hulu sungai menuntut bermacam ilmu terutamanya silat. Guru-guru yang tinggi ilmunya tinggal makin ke hulu sungai. Sudah tentulah yang lagi tinggi ilmunya tinggal di gua-gua gunung di hulu seperti Gunung Ledang. Bayangkan di sepanjang sungai-sungai yang panjang di alam melayu ini seperti Sungai Perak,Sungai Pahang, Sungai Muda, Sungai Muar, Sungai Mekong, Sungai Musi dan banyak lagi. Jaguh-jaguh boleh dikesan di sepanjang sungai-sungai ini.

Mengikut guru Alter Terahsia Bangsa Melayu, apabila seseorang murid tamat berguru ada sebuah upacara yang aneh. Iaitu sang guru dan si murid akan bersalaman membelakang diri, tidak bertembung muka. Syarat yang mesti dipatuhi ialah si murid tidak boleh menetap lebih hulu daripada gurunya dan tidak boleh berjumpa selama tiga tahun. Apakah sebabnya sedemikian? Namun, masa berubah. Hari ini tidak ada lagi syarat-syarat sedemikian di dalam persatuan-persatuan silat.

Tetapi menurut rasa Alter Terahsia Bangsa Melayu, ada kemungkinan perguruan begini masih wujud di kalangan orang-orang tertentu sahaja iaitu pemegang amanah ilmu tua Melayu. Menurut beberapa orang yang Alter Terahsia Bangsa Melayu pernah temui, orang-orang Melayu mewarisi ilmu yang disebut ilmu tua. ilmu ini tidak dimiliki oleh orang-orang Arab. Apabila orang-orang Arab berdakwah, banyaklah ilmu tua ini dikatanya haram walaupun tiada unsur syirik. Maka itu, pemegang-pemegang amanah ini merahsiakan diri. Pernah suatu ketika golongan ini muncul pada peristiwa 13-Mei. Terbeliak mata bangsa lain melihat kehebatan ilmu orang-orang Melayu ini. Apa tidaknya, merangkak lagak Spiderman di bangunan-bangunan sekitar Chow Kit.

Amanat Alter Terahsia Bangsa Melayu, telanlah sifat Melayu ini yang dicipta sedemikian rupa. Kita adalah golongan Keshatriya yang bakal membela agama. Kita disimpan di penjuru dunia yang paling hujung serta di kepulauan yang berselerak ini. Ada sebabnya iras kita tidak seperti orang benua India dan orang benua China. Ada sebabnya kita berdaulat dan Islam. Ada juga sebabnya kita dikurniakan ilmu tua. Belajarlah dari guru-guru pondok buruk di kampung tuan-tuan..

Kaitan DNA Melayu dengan Mediterranean (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Ada beberapa hipotesis mengatakan nenek-moyang kita ada kaitan dengan piramid di Mesir. Wah! Ini agak keterlaluan. Tetapi kita jangan sangkal bahawa Melayu boleh berkerajaan di Madagaskar, Afrika. Mesir tidaklah jauh sangat dari Madagaskar memandangkan pelayaran dari Nusantara telah dilakukan.
Kita lihat pula rekabentuk bumbung masjid-masjid lama. Kebanyakannya mengambil bentuk seperti piramid. Ramai mengatakan ini rekabentuk Cina. Tetapi apabila kita lihat masjid-masjid lama di China tidak kelihatan jelas bentuk piramid pada bumbungnya. Masih ingat lagi kajian Ainoon (2003) berkenaan DNA Melayu semenanjung? Lihat apa kata-kata beliau:-

"We found 37.2% were 871G>A (G6PD Viangchan), 26.7% were nt 563 C>T (G6PD Mediterranean) and 15.1% were 487G>A (G6PD Mahidol) followed by 4.7% 1376G>T (G6PD Canton), 3.5% 383T>C (G6PD Vanua Lava), 3.5% 592C>T (G6PD Coimbra), 2.3% 1388G>A (G6PD Kaiping), 2.3% 1360C>T (G6PD Union), 2.3% 1003G>A (G6PD Chatham), 1.2% 131C>G (G6PD Orissa) and 1.2% 1361G>A (G6PD Andalus)."

Sultan Abdul Hamid, Kedah. Keturunan raja-raja Kedah dikatakan bermula dari Merong Mahawangsa-seorang raja dari Parsi. Mengikut pendapat lain pula Merong Mahawangsa berasal dari Xian. Namun dengan jumlah 26.7% DNA dari kawasan Mediteranean kita boleh katakan ada kaitan yang kukuh dengan dunia di sebelah barat ataupun Arab.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Ainoon O berserta link:

We performed DNA analysis using cord blood samples on 86 male Malay neonates diagnosed as G6PD deficiency in the National University of Malaysia Hospital by a combination of rapid PCR-based techniques, single-stranded conformation polymorphism analysis (SSCP) and DNA sequencing. We found 37.2% were 871G>A (G6PD Viangchan), 26.7% were nt 563 C>T (G6PD Mediterranean) and 15.1% were 487G>A (G6PD Mahidol) followed by 4.7% 1376G>T (G6PD Canton), 3.5% 383T>C (G6PD Vanua Lava), 3.5% 592C>T (G6PD Coimbra), 2.3% 1388G>A (G6PD Kaiping), 2.3% 1360C>T (G6PD Union), 2.3% 1003G>A (G6PD Chatham), 1.2% 131C>G (G6PD Orissa) and 1.2% 1361G>A (G6PD Andalus). Seventy-one (82.6%) of the 86 G6PD-deficient neonates had neonatal jaundice. Fifty seven (80%) of the 71 neonates with jaundice required phototherapy with only one neonate progressing to severe hyperbilirubinemia (serum bilirubin >340 micromol/l) requiring exchange transfusion. There was no significant difference in the incidence of neonatal jaundice, mean serum bilirubin level, mean age for peak serum bilirubin, percentage of babies requiring phototherapy and mean number of days of phototherapy between the three common variants. In conclusion, the molecular defects of Malay G6PD deficiency is heterogeneous and G6PD Viangchan, Mahidol and Mediterranean account for at least 80% of the cases. Our findings support the observation that G6PD Viangchan and Mahidol are common Southeast Asian variants. Their presence in the Malays suggests a common ancestral origin with the Cambodians, Laotians and Thais. Our findings together with other preliminary data on the presence of the Mediterranean variant in this region provide evidence of strong Arab influence in the Malay Archipelago.

http://www.biomedexperts.com/Abstract.bme/12497642/Glucose-6-phosphate_dehydrogenase_G6PD_variants_in_Malaysian_Malays

Gurindam Hikmat Melayu (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Melayu dalam erti kata yang lebih luas. (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Mindanao ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas.

Ia juga merujuk kepada Kepulauan Melayu yang meliputi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Bukan itu saja, ia juga meliputi Thailand Selatan, Timor Leste, malah Papua New Guinea.

Thailand Selatan adalah jelas Melayu kerana di situlah warisan keultanan Pattani yang kini berbentuk empat wilayah Melayu iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Nama Melayu Songkhla ialah Singgora.

Seperti mana Phuket adalah Bukit. Kemelayuan mereka tidak dipertikaikan walaupun sudah banyak penduduk Melayu di situ hanya mampu berbahasa Thai. Iaitu di samping kedaulatan Thailand ke atas empat wilayah itu diterima oleh orang Melayu sendiri.

Jadi, siapakah mereka? Adakah mereka itu orang Thai atau orang Melayu. Atau orang Thai keturunan Melayu. Atau orang Melayu Thai. Jati diri menjadi tanda tanya.

Maka dalam hal ini, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan pendapat tentang perjara ini. Bagaimanapun penulis mempunyai pandangan yang tentunya tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain.

Banyak definisi tentang Melayu. Ada definisi sempit. Ada definisi longgar. Di Malaysia takrif Melayu adalah sempit iaitu seseorang Melayu mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut budaya Melayu.

Tetapi jika dilihat bahawa definisi di Malaysia itu tidak wajar dilihat sebagai sempit kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat itu. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam.

Maknanya, di Malaysia, gen tidak penting bagi menentukan Melayu. Yang penting adalah faktor KEBERSAMAAN iaitu agama, bahasa dan budaya. Jika takrif ini dikenakan ke atas Melayu Thai, maka mereka tidak layak untuk dipanggil Melayu.

Ini kerana mereka sudah tidak berbahasa Melayu terutamanya di sekitar Phuket. Justeru takrif Melayu yang dipakai di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Thailand.

Namun begitu, kemelayuan Melayu Thai tidak dapat dipertikaikan walaupun mereka tidak berbahasa Melayu. Ini kerana mereka sememangnya mewarisi Kesultanan Pattani yang jelas merupakan kerajaan Melayu.

Maka empat wilayah Melayu Thailand itu adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu. Sejarah menjadi ciri penting bagi jati diri Melayu.

Begitu juga dengan Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Mereka juga orang Melayu. Tetapi wilayah mereka sudah tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kepulauan Melayu walaupun Champa merupakan kerajaan Melayu paling awal, baik semasa mereka beragama Hindu-Buddha mahupun setelah memeluk Islam.

Begitu juga Melayu di Sri Lanka, Madagascar, Surinam dan Afrika Selatan. Mereka adalah melayu tetapi tentunya tanah mereka bukan sebahagian daripada kepulauan Melayu. Walaupun Madagascar, umpamanya pada keseluruhannya didiami oleh bangsa Malagasy yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.

Justeru, untuk memudahkan definisi melayu, biarlah dihadkan kepada kepulauan melayu. Sesiapa yang tinggal dalam kepulauan Melayu, maka dianggap sebagai Melayu.

Ini termasuklah Timor Leste dan Papua New Guinea. Dari segi bangsa, Timor Leste bukanlah berbangsa Melayu dalam erti kata yang difahami umum. Walaupun mereka pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tetapi bangsa di Timor Leste adalah serupa saja dengan penduduk di Timor Barat yang merupakan sebahagian daripada Indonesia. Ini kerana Timor Leste, yang dahulunya dikenali sebagai Timor Timur berkongsi pulau dengan Timor Barat. Dan pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu.

Begitu juga dengan Papua New Guinea. Penduduknya bukan berbangsa Melayu. Tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua, dahulunya dikenalis sebagai Irian Jaya. Sebelum itu Irian jaya dikenali sebagai Irian Barat.

Sebelum itu ia adalah Papua Barat. Maknanya papua New Guinea itu adalah Papua Timur. Kedua-duanya adalah dalam pulau Papua, dan Papua adalah sebahgian daripada kepulauan Melayu.

Maka, kepulauan Melayu merujuk kepada semua pulau-pulau di Asia Tenggara. Tetapi tentunya ia tidak termasuk Australia, New Zealand dan kepulauan Polynesia, walaupun penduduk aslinya seperti Aborigin, Maori, Polynesia termasuk Hawaii merupakan serumpun besar bukan saja orang Papua tetapi juga Melayu. Termasuk kategori ini ialah orang peribumi di pulau Taiwan.

Tetapi apabila disebut kepulauan Melayu, ia juga termasuk dua wilayah yang bukannya pulau. Ia hanyalah semenanjung dan dari segi geografi, ia adalah sebahagian daripada Yanah Besar Asia Tenggara.

Dua wilayah itu ialah Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan, atau nama lamanya Tanah Melayu dan Pattani. Atau Pattani itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kelantan pun pernah merupakan sebahagian daripada kesultanan Pattani.

Jadi, walaupun kerajaan pertama Melayu bermula di Champa di Tanah Besar Asia Tenggara tetapi nama Melayu bermula dari Sungai Melayu di Sumatera.

Kerajaan Sri Wijaya yang bermula di Palembang mewarisi kerajaan Champa dan lain-lain kerajaan sezaman dengannya untuk memantapkan jati diri Melayu. Kemudian ia diwarisi oleh kerajaan Melaka di semenanjung dan beberapa kerajaan di pulau Jawa.

Maka Jawa juga dikenali sebagai Jawi. Sementara Jawi disamakan juga dengan Melayu, maka akhirnya Melayu-Jawa menjadi satu identiti yang membentuk kepulauan Melayu.

Kerajaan Majapahit menamakan pulau-pulau di luar Jawa termasuk semenanjung Tanah melayu sebagai Nusantara. Tetapi hakikatnya Jawa-Nusantara ini adalah kepulauan Melayu.

Terdapat beratus-ratus pulau di kepulauan Melayu, Maka dari segi geografi, pulau-pulau yang besar ialah Sumatera, Borneo, Jawa, Mindanao, Luzon, Sulawesi dan Papua.

Rangkaian pulau kecil pula ialah Nusa Tenggara, Timor, Maluku dan Visaya. Sementara semenanjung ialah Tanah Melayu dalam erti kata meliputi Pattani.

Justeru, Mindanao adalah salah sebuah pulau besar dalam Nusantara. Penduduknya adalah orang Melayu yang pada zaman ini tidak disebut sebagai Melayu.

Walaupun mereka tidak berbahasa Melayu tetapi bahasa mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan berbudaya rumpun Melayu. Tetapi mereka dipanggil Moro

source ; Alter Terahsia Bangsa Melayu.

Rahsia senjata Melayu yang terkubur.. (Source : Alter Terahsia Bangsa Melayu page on facebook)

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dij

arah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.

Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Siri akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

‘Musketeers‘ dan ‘Gunners‘ Melayu

Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita?

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. Jadi

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI??

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon = Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka

*Flintlock Musket = Istinggar

*Blunderbuss = Pemuras

*Pistol = Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad :

“ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” .

“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu”

kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya

“ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?”

tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka”

jawab Mat Kilau bangga.

“bolehkah kami melihatnya”

kata Gabenor itu lagi.

“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya”

kata Mat kilau lagi.

Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka. Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Raja Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu .Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia. Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.

Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Tok Janggut juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?

 source ;

Alter Terahsia Bangsa Melayu.

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..