Friday, July 2, 2010

Sedarlah Melayu, Kita Bukan lah Berasal Dari Bangsa "Pathetic".

   Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,

   Menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut- ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.

   Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?

  Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.

  Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Mesolitik dan litik-litik yang lain, seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!

  Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah- randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi ??

Pelik kan?

satu lagi penipuan besar besaran oleh Sarjana Barat!

tak percaya?
cuba anda renungkan semula apa yang dikata pasal sejarah silam Melayu oleh Sarjana Barat?

Salam.

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..