Saturday, November 20, 2010

Hamas tahu nak berperang je?

Pernah dulu, dan kini masih berbekas di benak ini akan satu komen yang begitu berilmiah dari penyokong taksub page Kedutaan Besar Israel Untuk Indonesia. ketika itu aku masih like page itu. Saja nak usher apa ideologi yang mereka mahu bawakan.

komen berilmiah tu berbunyi lebih kurang begini lah,

"Hamas.. They only thought of waging war with Israel as if their people meant nothing to them. They bought weaponry instead of giving foods for the needies. They are crazy people who only thought of waging war!"

Berilmiah kan? Waktu itu, ketika itu, saat itu, melihat kan komen sebegitu, hati ku sayu sedih (bengang pun ada)..hurm.. Aku sebenarnya tak pasti adakah wanita ini telah di brainwashed kan oleh CNN atau BBC ? Agen zionist? Puak pembenci islam? Kah..

namun, sudah terang lagi bersuluh, kau memang tak tahu apa apa, wahai perempuan!
(lepas ni aku nak bentangkan teori aku tentang cara pemikiran wanita mereka..)

Kenapa Hamas perlu berperang? Kenapa mereka perlukan senjata lebih dari makanan? Ia memang menarik untuk diputarkan persoalan begini.

baik lah.. cuba lah kita letak diri kita "in their's shoes". To feel like in the same boat!

Lalu kah kita mahu menjamah makanan tatkala nyawa kita bagaikan telur dihujung tanduk? Berselera kah kita untuk menjamah makanan selepas saudara saudara.. ahli keluarga kita.. terbunuh beberapa hari yang lepas? Now you tell me..

Kalau ditanya lagi kenapa Hamas dan penduduk Gaza masih meneruskan perjuangan, kita cuba fikirkan situasi ini..

Andai kata, Rumah kita didatangi tetamu, kemudian tetamu itu pula mahu tinggal dirumah kita, akhir sekali tetamu itu mahu merampas rumah kita, membunuh tuan punya rumah dan ahli keluarganya!

Kejam kan?

apa reaksi ahli keluarga yang masih hidup? Mendiamkan sahaja? Buat buat bangang macam Fatah yang tak habis habis dengan rundingan damai yang entah kemana hala tuju nya?

Itu lah yang dihadapi oleh penduduk Gaza sekarang. Palestin itu tanah mereka. Hak mereka.
.
Namun Saudara.. .Ia bukan sahaja berkisar mengenai Rumah mereka. Tanah air mereka.

Kerana tujuan utama mempertahankan Palestin adalah kerana Palestin adalah bumi Al Quds! Bumi Anbiya! Tanah terletaknya tinggalan tinggalan para Anbiya! Masjidil Aqsa! Dome of Rock!

Memang.. Tidak ada keperluan bagi ku menerangkan segala ini. Kerana sudah pasti nya kalian sudah arif dengan kenyataan ini.

Lalu apakah yang kita mampu lakukan?

tidak banyak sebenarnya. Saya bersikap realistik akan perkara ini. Kerana diri kita, umat islam akhir zaman ini seakan telah dijangkiti satu jenis penyakit.

Huh?

Jangan risau ya sahabat sekalian. Bukan nya barah atau selsema burung dsb.
ia penyakit yang tidak membawa kemudaratan kepada tubuh badan.
Tetapi membawa bencana kepada umat.

lalu apakah penyakit itu?

CinDunTaMa.

Cinta Dunia , Takut Mati..

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..