Monday, January 3, 2011

Ayam ayam ayam. Sungguh aku bosan.

"Mama, bila nak masak ikan? Hari hari makan ayam je." rungut adik perempuan aku. Eh. Kebetulan. Aku pun rasa sedemikian rupa. Gatai hidung hangpa tau makan ayam hari hari.

Aku rindu pada ikan.

oh aku sangat rindu nak makan ikan. Teksturnya... Wah.. Mengiurkan penggemar ikan. Apatah lagi kalau dapat menyantap asam pedas ikan pari atau ikan kembung. Memang berasap dan berpeluh badan. Itu sudah pasti. Lagipun aku suka makan ikan sebab ikan berprotein tinggi. Memang tak lemah badan kalau makan ikan ni.

okay, berpatah balik kepada cerita bosan makan ayam tadi. Sebenarnya sejak mama ku bekerja sebagai tukang masak di Kantin sebuah kilang, mak aku makin sibuk. Nak masak kat rumah memang jarang. Jadi musibahny (macam agak keterlaluan digunakan perkataan musibah disini tapi takpa) kami sekeluarga hanya akan dapat menyantap makanan dari kantin. Dan setiap hari ayam adalah menu wajib di kantin dan itu menyebabkan kami juga terpaksa lah makan ayam hari hari.

mula mula memang rasa best (in the seventh heaven it feels like), tapi makin lama. Makin jemu. Makin bosan. Makin muak menelan ayam.

Bukan nya tak bersyukur dapat makan ayam. Indeed, kami sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana memberi kami rezeki kurniaan Nya yang Melimpah Ruah. Subhanallah. Tapi kami rasa kami tak larat dah nak makan makanan mewah ini (bagi aku ayam cukup mewah,bagi korang yang kaya raya ni mungkin makanan biasa ja kan?)

kerana aku lebih suka makan makanan simple. Contoh? Nasi + budu + ikan masin. Atau? Nasi + kicap + telur mata kerbau.

Bagi aku makan makanan macam ni lebih mengenyangkan. Dan aku sangat kurang gemar western foods.

Dan kalau lah Palestin, Iraq berdekatan dengan Malaysia ini, pasti aku dah sumbangkan ayam ayam ini buat pengalas perut mereka.

Ya Allah.. Sedih tengok saudara aku kat Palestin sengsara begitu sekali.. T__T

Akhir kata, ingin aku tegaskan disini mengkonsumsi ayam secara berlebihan boleh melembapkan otak. Ia jelas kerana drug steroid yang disuntik di leher atau bahagian kepak yang terkadang dilakukan tanpa berkala untuk memastikan ayam itu kekal gemuk dan gemuk dan sentiasa gemuk. Kesian ayam ayam tersebut. Entah apa lah buruk nasib mereka dipergunakan manusia yang hedonis ini. Ish3. Nauzubillah min zalik.

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..