Monday, February 21, 2011

Membawa Masuk Tulisan Ayat Al-Quran Ke Tandas

Pengarang Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned

Rujukan Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam Nota Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000 Bolehkah Membawa Masuk Tulisan Ayat Al-Quran Ke Tandas? Dengan penuh hormat serta takzim kaola sertaan bersama ini sekeping lencana pangkat Sarjan Mejar Pasukan yang sakarang ini dipakai oleh Pegawai Waran I yang memegang jawatan Sarjan Mejar Pasukan di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Lencana pangkat yang kaola maksudkan ini ada mengandungi tulisan Allah di atas mahkota dan juga ayat perrmulaan surah Al-Mulk yang tertulis pada bulan Panji-Panji Diraja. Sehubungan dengan ini, sukacita kaola memohon fatwa Yang Dimuliakan Pehin berkenaan pantang larang pemakaian lencana ini dari segi pandangan Islam misalannya apakah hukumnya jika lencana pangkat ini, yang dilekatkan pada lengan baju sebelah kanan, dibawa masuk ke dalam bilik air. Apakah lencana pangkat ini boleh dipakai oleh anggota yang bukan Islam?

Jawapan : Orang Islam yang ingin masuk ke tandas yang memakai atau bersamanya sesuatu daripada tulisan ayat- ayat Al-Quran atau yang seumpamanya seperti tulisan zikir-zikir yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama Rasul atau nama-nama Malaikat adalah sunat baginya mengkesampingkan atau tidak membawanya masuk bersama-samanya (ayat- ayat Al-Quran atau yang seumpamanya itu).

Perkara ini disebut oleh Al-Imam Asy-Syirazi dalam kitabnya Al-Muhadzdzab: Ertinya : “ Jika seseorang hendak masuk ke tandas (mana-mana tempat buang air besar atau kecil) dan bersamanya sesuatu yang ada atasnya perkataan zikir Allah ‘Azza wa Jalla, maka sunat baginya meninggalkannya (tidak membawanya masuk), menurut apa yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke tandas Baginda akan meletakkan (diluar) cincin Baginda itu. ”

Menurut Asy-Syirazi sebab Baginda tidak membawanya masuk ke tandas kerana pada cincinnya itu tertulis perkataan (Al-Muhadzdzab 1/104).

Berdasarkan riwayat Ash-Shahihain bahawa ukiran yang ada pada cincin Baginda Shallallahu ‘alaihi wassallam itu adalah tertulis perkataan (Al-Majmu’ 2/86). Al-Imam An-Nawawi mengulas perkataan Asy- Syirazi di atas menjelaskan lebih lanjut lagi, katanya: Ertinya: “Telah ittifaq ulama-ulama Asy-Syafi ‘iyyah adalah sunat menjauhkan (mengkesampingkan) sesuatu yang ada (bertulis zikir Allah Ta ‘ala ketika hendak masuk ke tandas dan tiadalah pula wajib ia dijauhkan daripada dirinya. ” (Al-Majmu’ 2/86)

Menurut An-Nawawi dengan membawakan pendapat Al-mutawwali, Ar-Rafa ’i dan lain-lain ulama, adalah tiada bezanya sama ada ayat atau zikir atau nama-nama yang mulia ditulis pada dirham (wang perak) dan dinar (wang emas) atau cincin atau selainnya, dan demikian juga jika ada bersamanya azimat (tangkal), adalah sunat menanggalkannya daripada badannya (tidak membawanya masuk ketandas)”. (Ibid 1/87)

Menurut Al-Imam An-Nawawi lagi: “Jika ada bersamanya cincin (yang bertulis perkataan zikir Allah), sebagaimana yang kami (An-Nawawi) telah katakan terdahulu sunat ditanggalkannya sebelum masuk ke tandas itu. Jika ia tidak menanggalkannya kerana lupa atau sengaja, maka menurut satu pendapat (qil) hendaklah digenggam cincin yang ada di tangan itu supaya tidak Nampak tulisan zikir Allah itu. ”

Inilah juga pendapat Ibnu Al-Munzir, katanya: “Jika tidak ditanggalkannya, maka hendaklah dia jadikan (memutar) kepala cincin itu ke tapak tangan. Ibnu Al-Munzir meriwayatkan pendapat ini daripada sekumpulan ulama at-tabi ‘in, Ibnu Al-Musayyab, Al-Hasan dan Ibnu Sirin (Al-Majmu 2/88)

Demikian pendapat ulama-ulama asy-Syafi ‘e mengenai hukum membawa cincin atau yang seumpamanya yang tertulis padanya perkataan zikir-zikir Allah ke tandas. Berdasarkan pendapat ulama-ulama tersebut dan untuk menjawab persoalan yang diminta fatwa di atas, maka adalah ia sunat tidak membawa lencana yang bertlis ayat ke tandas, namun tidaklah pula wajib menanggalkannya dari badannya.

Sekadar pemikiran – bukan fatwa – hendaklah mengambil kira status pemakai lambang Diraja ini serta kesesuaiannya dengan tempat. Jika sekiranya pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei masih ingin mengekalkan pemakaian lencana tersebut dengan melibatkan juga orang yang bukan Islam, maka hendaklah diperingatkankan kepada pemakai-pemakainya (termasuk orang yang bukan Islam itu) supaya sentiasa menghormatinya dengan tidak meletakkannya di sebarang tempat yang boleh menjejaskan kehormatan dan kemuliaan ayat Al- Quran.

Menyentuh mengenai tulisan ayat, nampaknya terdapat kesilapan yang ketara dari segi baris, rumah huruf dan titik, di mana semua ini boleh menimbulkan kekeliruan adalah ia benar ayat Al- Quran dari surah Al-Mulk? Oleh itu ianya hendaklah ditulis dengan bercontoh kepada Al-Quran, rasm ‘Uthmani

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..