Monday, May 2, 2011

April Log : Books I've read in April.

Ini buku buku yang sempat saya pinjam/beli sepanjang April '11.

1. Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi edisi 2011

oleh Professor Zulkifli Mohd. Yusuf dan Dr Noor Naemah Abd. Rahman.
Buku ini setebal hampir 500 muka surat.
Saya beli dengan harga RM 35.00.
Dibeli pada 2 April dan alhamdulillah saya dapat menghabiskan bacaan pada 4 April.
Banyak input dapat dari buku ni. Kalau nak tahu, beli lah ya.

2. Malam Pertama di Alam Kubur.

Dimuatkan kompilasi karya Dr Aidh Al Qarni (Malam Pertama di Alam Kubur), Dr. Muhammad Bin Abdurrahman Al Uraifi (Parit Kematian) dan Syaikh Muhammad Husain Ya'qub dengan karya nya Tragedi Alam Kubur.
buku ini dibeli pada 6 April 2011 dengan harga RM6.90 (setebal 136 muka surat dan alhamdulillah saya hanya mengambil masa 6-7 jam sahaja untuk menghabiskannya). Buku ini sangat menyentuh hati. Membakar riya' dan ego. Terus terang saya menangis selepas membaca nya.

3. Tasauf Menurut Ibnu Taimiyah.

(dipinjam dari pusat sumber SMKSAA)

Saya mula membaca buku ini pada 7 April dan alhamdulillah berjaya menghabiskan nya pada 9 April
Buku ini hasil tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Saad. Saya tak berani nak komen apa apa tentang buku ini kerana ilmu saya menyangkut permasalahan ini adalah agak lemah dan buku ini isi nya agak berat, terutama jika dibaca oleh seorang yang kurang berilmu seperti saya. Cukup lah saya kata kan bahawa selepas membaca buku ini saya tahu bahawa Ibnu Taimiyah tidak pun memusuhi kaum sufi dan ahli salaf. Terdapat banyak bukti disertakan di dalam buku ini. Sesungguhnya Ibnu Taimiyah bukan lah memusuhi kaum sufi, sebaliknya beliau menghargai dunia tasauf. Buku in akan menjelaskan dengan terperinci tentang prinsip Ibnu Taimiyah terhadap tasauf, dan menolak tuduhan yang tidak berasas terhadap diri nya. Saya juga mendapati buku ini bermanfaat untuk memperbetulkan persepsi tentang dunia tasauf.

4. Motivasi Diri Sebagai Khalifah Di Bumi.

Tulisan Muhammad Ghazali. Buku ini walaupun agak tebal (400 ms lebih) tapi alhamdulillah ia mudah difahami dan dihadam. Tak dapat banyak input sebab baca dengan tergesa gesa (kerana dateline hampir tiba).

5. Islam Dalam Arus Jahiliyyah.

oleh Al Haqir Hamizan Hussin

Buku ini menarik. Ia mengupas tentang ghazwul fikr yang ditujukan kepada umat islam oleh orientalis barat, kebejatan demokrasi sehingga saya kini bertambah yakin untuk menolak demokrasi sekular yang kita amalkan sekarang. Ia juga menyelitkan punca dan rawatan bagi umat islam yang kini banyak diserang penyakit wahn. Melalui buku ini saya juga didedahkan dengan strategi orientalis barat yang telah sedaya upaya mendalami ilmu islam. Kemudian mereka memutar belitkan sejarah islam, antara nya ialah PK HITTI. Mereka juga berhasrat menggunakan kaedah "higher critism" untuk menafikan kebenaran Al Quran. Mereka telah melakukan nya dengan taurat dan bible. Keseluruhannya buku ini amat ringan dan mudah dihadam. Harganya sekitar RM6.00 sahaja.

6. Intipati Ihya Ulumuddin

Kitab ini tidak dinafikan paling tebal dan paling lama untuk dihabiskan. Dah tiga minggu tapi tak habis habis juga. Setebal 1544 muka surat. Saya hanya mampu baca 45% sahaja. Kerana hujung bulan April ni memang agak sibuk. Apa pun kitab ini tidak diragukan lagi antara kitab terbaik yang pernah dikarang manusia.
Cikgu yang jaga library sampai berkata, "ko nak pinjam buku ni boleh tapi jaga betul betul. Jangan sampai rosak. Buku ni ada satu je dalam library ni."

7. Qura'nic Phenomenon
karya Malik Bennabi. Belum sempat dibaca lagi. Jadi tiada kupasan mampu dibuat tapi buku ini tidak diragukan memang antara terbaik punya lah.

8. Tasauf Moden
Karya HAMKA. Pun tidak sempat dibaca.
terpaksa pulangkan tanpa mendapat sebarang input akan intipatinya.

Ini lah sedikit sebanyak buku yang sempat saya pinjam dalam bulan April dan saya dapat kongsikan dengan kalian. Saya harap dengan perkongsian ini akan menggerakkan hati kalian untuk terus gigih dan istiqamah dalam membuat bacaan dan menuntut ilmu. Insya Allah. Rasanya ini bulan terakhir saya dapat berbuat begini. Lepas ni dah tak boleh rasanya. Buku stpm pun tak sempat cover lagi.

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..