Thursday, July 14, 2011

Masak sendiri dan Tapau makanan : Satu perbandingan.

Bila kita balik ke rumah, dan dalam kelesuan, membuka peti sejuk. Mengeluarkan bahan bahan masakan. Kopek bawang, potong bawang, potong cili, buka tin sardin keli. Kita masak dalam keadaan yang lesu. Terkadang datang pula migraine. Ahh. Menyeksakan sungguh.

Tetapi kemudiannya adik adik kita makan dengan penuh seleranya (atau pura pura selera), segala kepenatan, kelesuan itu, semua nya hilang sama sekali. Kita lupa akan kepenatan kita. Sebaliknya, kita rasa nikmatnya tengok adik adik kita makan sampai licin lauk yang kita masak. Begitulah nikmatnya berkeluarga. Lebih tepat lagi, masak untuk keluarga. Biarpun, kita masak masakan yang simple sangat.

Dan kita berasa bahawa, kalaupun mak kita bawa balik makanan yang sedap sedap belaka, ikan patin masak tiga rasa ke, ikan keli masak asam pedas ke, ada satu ketika kita rasa tak berselera untuk makan. Kita rasa masakan yang kita masak di rumah itu jauh lebih menyelerakan, biarpun sangat ringkas masakan itu. Sardin keli, sardin tuna ke, masak kicap ke. Apa rahsia nya?

Kasih sayang.

Saya tak kisah mak saya masak seringkas manapun di rumah, itu jauh menyelerakan daripada makanan yang selalu dibungkusnya balik. Terkadang saya tak usik pun. Saya tak turun ke bawah pun untuk makan walaupun mak saya beberapa kali panggil untuk makan. Kerana saya sebenarnya sudah muak. Walaupun makanannya diselangselikan , namun saya seperti mampu mengesan bahawa ia kekurangan suatu bahan yang ter utmost penting.

Kasih sayang.

Saya sering masak lauk yang sama di rumah, kerana selalu kekurangan bahan masakan, saya selalu masak sardin, masak kicap dll lauk yang mudah mudah. Tapi amat jarang ianya tak laku atau adik adik saya tak lalu untuk menjamahnya kerana muak dsb. Kerana saya masak dengan,

kasih sayang.

Ya. Kasih sayang itu lah rahsia atau secret resipi dalam menjadikan masakan itu menyelerakan. Ingatlah, masakan yang sedap tak semestinya menyelerakan. Ada yang memuakkan. Kerana ia kekurangan kasih saya.

what makes our mother the best chef in the world? Love. They cook with love.

Jadi kepada akhwat , akhi yang bakal menjadi jurutera membina masjid, bekalkan lah jemaah jemaah yakni keluarga anda dengan masakan dari air tangan sendiri. Seperti kata pepatah Melayu. Nak ikat suami, ikatlah perutnya. Yakni jagalh pemakanannya.

Semoga kita mampu membugarkan kasih sayang dalam keluarga melalui masakan dari air tangan kita sendiri. Tak kira akhwat atau akhi. Semuanya perlu belajar masak, sebagai persediaan ke arah berkeluarga. Insha Allah.

P/S : Kalau mak saya masak asam pedas, dari bilik saya dah dapat menghidu aromanya. Begitu mengiurkan dan sukar diterjemahkan. Ada sesiapa yang pandai masak asam pedas disini?

amzahu ma'akum. :)

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..