Monday, September 6, 2010

SYARAT WANITA BAGI LELAKI ??

Saban hari kita kutuk perempuan yang tak reti masak.. [aku pun tak terkecuali]. Kita bukan nak kutuk kan? Kita nak mereka jadikan provokasi itu sebagai catalyst untuk belajar masak.. Tapi kali ni, kita tutup dulu cerita pasal tu..

baca lah tulisan di bawah ini.. [kompem perempuan yang tulis ni.. Hehe] renung lah luahan hati mereka ini wahai lelaki lelaki bakal khalifah rumah tangga.. ^_^

----------------------------------

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati,kata mereka ,

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
gadis juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian
pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur
membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?"

Tanya Si lelaki lagi dengan penuh
angkuh dan bersemangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang
wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita
yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga
nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil
inisiatif mempelajari ilmu menjadi
imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah
belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard
yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang
itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula- mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus
beberapa kawan wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan
yang satu ini. Ternyata ramai yang
menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri -sendiri. Ada
juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana
masyarakat memberatkan wanita
perlu pandai memasak jika mahu
bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai
ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

kata kata penuh nasihat dari seorang ukhti ni.

" pesanan utk bakal laki saya..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm
sudaa..asalkan eklas..laju je sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=) "

begitu lah juga kepada wanita.. Terutamanya yang bakal berkahwin tu, persiapkan lah diri anda.. Tak semestinya kena jadi setaraf chef wan. Reti masak asam pedas dengan sambal ikan keli pun jadi la..

P/S : Aku tak suka makan western foods.

3 comments:

eyl said...

ish2, insaf2. kena tgk diri dulu baru leh nk komplen2 kat pompuan.haha

Anonymous said...

wah!!!!!!!!setuju bangat!!!

Mohamad Azhaari Shah Sulaiman said...

Afif > hahah.. Tau takpe.. Risau pulak aku ni.. Huuu

Kak Amal > hahah..kan Amal pandai masak kan? Kan? Huhu. Boleh laa cari imam muda .. Huhu

  1. ish2, insaf2. kena tgk diri dulu baru leh nk komplen2 kat pompuan.haha

    ReplyDelete
  2. wah!!!!!!!!setuju bangat!!!

    ReplyDelete
  3. Afif > hahah.. Tau takpe.. Risau pulak aku ni.. Huuu

    Kak Amal > hahah..kan Amal pandai masak kan? Kan? Huhu. Boleh laa cari imam muda .. Huhu

    ReplyDelete

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..