Thursday, June 16, 2011

6P untuk PATI : Berkesankah?

Assalamualaikum. Salam 1 Umat.

Sebelum itu, biar saya terangkan apakah itu 6P dan PATI.

PATI adalah abbreviasi kepada Pendatang Asing Tanpa Izin.

6P pula adalah suatu program penyelesaian gergasi yang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri iaitu, Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan, Pengusiran.

PATI yang diberkas akan didaftarkan, kemudian jika terdapat nya sektor yang memerlukan pekerja, seperti sektor pertanian, perkilangan, penternakan dan pembalakan, maka PATI ini akan diputihkan dan diserap masuk ke dalam sektor berkenaan. Sekiranya tidak, maka PATI akan diampunkan dan dihantar pulang ke negara asal.

Seterusnya , Pemantauan dan Penguatkuasaan akan terus dijalankan. PATI yang degil (sudah dihantar pulang tetapi masuk semula ke Malaysia dengan cara haram) maka Pengusiran akan dijalankan.

Setakat 2011, 1.91 juta PADI terdapat di Malaysia, jumlah sebenar PATI pula tidak dapat dikenalpasti.

Sebelum ini, kebiasaannya PATI akan diminta menyerah diri ke Imigresen dan diampunkan, namun program pengampunan ini didapati tidak lagi berkesan kerana hanya sekitar 60,000 sahaja PATI yang menyerahkan diri ketika operasi pengampunan pada 2004.

Sekadar informasi tambahan, saya perkirakan terdapat hampir 2 juta PATI di Malaysia ini di pelbagai sektor terutamanya di sektor perumahan. Buruh buruh PATI dikatakan lebih rajin dan murah bayaran mereka berbanding buruh Malaysia yang dikatakan malas bekerja dan sering meminta gaji yang lebih besar.

Masalah nya, PATI ini sering saja membawa pengaruh buruk di Malaysia. Di Klang contohnya, kita tak tahu berapa ramai golongan pekerja asing yang tergolong dalam kalangan PATI. Mereka sering saja berkumpul beramai ramai disekitar bandar Klang terutama di toko besar Mydin. Ini menyebabkan sesetengah orang tempatan sendiri menjadi takut dan risau untuk ke bandar Klang dan ini menjadikan orang asing semakin berleluasa. Malangnya saya amat jarang melihat anggota polis melakukan tinjauan di kawasan tumpuan orang asing. Saya khuatir mereka akan menjadi lebih berani selepas ini. Ini bukan sahaja berkenaan PATI sahaja malahan PADI juga boleh membawa kesan dan pengaruh buruk kepada masyarakat tempatan.

Tetapi apa yang menyedihkan, saya terdengar ada juga berlaku ketirisan dalam usaha melaksanakan operasi membendung lambakan PATI ini. Ini diakui sendiri oleh PATI yang kebanyakannya di Sabah. Mereka mengakui bahawa mereka hanya perlu menyuap kira kira RM30 untuk satu kepala (dari masa ke masa) kepada badan berkuasa untuk terus tinggal di Malaysia. Benarkah berlaku ketirisan ini? Soalan itu kita kena tanya pada pihak yang korup ini.

Akhir kata, saya ingin melihat kerajaan lebih peka akan hal ini. Tidak perlu seratus peratus menumpukan kepada operasi penangkapan di tempat kerja dan tempat menetap mereka, di tempat tumpuan awam juga perlu diberi perhatian. Ini supaya mereka tidak terlalu bebas melakukan apa yang mereka suka dan untuk memberi sedikit kegundahan kepada PATI terutamanya daripada bebas berkeliaran di tempat tumpuan awam.

Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
16/6/11

diinspirasi dan digarap dari Segmen Soal Jawab bersama Ketua Setiausaha KDN.

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..