Saturday, June 4, 2011

Malaikat jaga lubang India, Cina busy. Malaikat jaga lubang Melayu relax saja.

Aku jadi teringat ceramah di Program Motivasi Kecermelangan SPM di Bentong, Pahang pada dua tahun yang lepas.

Ada seorang penceramah dari UIAM diberi ruang dan masa mendengarkan ceramahnya kepada kami (calon calon SPM). Maaf, aku dah lupa nama penceramah tu. Tapi khabarnya beliau orang penting dalam urusan kemasukan pelajar ke UIAM di Gombak.

Bermula ceramah , banyak juga beliau memperkatakan tentang isu Palestin. Aku yang sewaktu itu masih jahil tentang Palestin, rasa berminat nak dengar. Kawan kawan lain aku tak pasti tapi aku memang berminat untuk mendengar ketika itu. Seterusnya beliau memperkatakan tentang H1N1

Part yang paling mengesankan.

"Nak dengar satu cerita tak? Orang Melayu, India dan Cina masing masing diletakkan dalam lubang api neraka yang berlainan. Semasa Malaikat menyeksa orang Melayu, India dan Cina, Malaikat yang menjaga lubang orang India dan Cina yang paling sibuk. Depa ni tak putuih asa nak keluar jugak dari lubang api neraka tuh. Jadi , Malaikat yang jaga lubang India dengan Cina memang sibuk halang orang India dengan Cina daripada keluar dari lubang tu. Tapi Malaikat yang jaga lubang Melayu tu relax je. Nak tahu sebab apa? Orang Cina dengan India sibuk tolak kawan kawan depa untuk keluar dari lubang tu supaya depa semua boleh keluar tapi orang Melayu ni lain sikit. Depa sibuk pulak tarik kawan kawan depa supaya semua tak boleh keluar dari lubang tu. Berat sama dipikul, Ringan biar sama dijinjing."

Hadirin ketawa berdekah dekah. Aku pun tak mampu menahan gelak. Tapi tak lama. Aku kembali istighfar. Aku tahu itu satu sindiran. Sindiran yang amat pedas dan mengesankan. Aku juga orang Melayu, dan aku cukup terasa. Bukan kerana marah, tapi memikirkan betapa benarnya perumpaan itu.

susah nak jumpa Melayu yang racist, yang prejudis kepada kaum lain. Tapi tak susah nak jumpa Melayu yang iri dengan Melayu sendiri.

Kepekatan PHD dalam diri seorang Melayu terhadap bangsa sendiri rasa nya jenis "Concentrated" punyo. Pekat dan likat. Sepekat gumpalan latex yang hampir kering.

Dalam politik pun tak payah cakap lah. Rencana menjatuhkan sesama agama dan bangsa seakan sudah menjadi biasa. Alah bisa tegal biasa, kata orang Melayu.

Sebaran video seks, pengungkitan hal itu dan ini. Bukankah ia satu bukti betapa dahsyatnya PHD melayu terhadap bangsa sendiri?

Atau adakah bangsa melayu perlu diajar dengan bencana baru mereka akan sedar? Tentang peri penting nya penyatuan dan perpaduan?

hangpa pikiaq la sendiri.

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

1 comment:

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..