Friday, June 4, 2010

31 MEI 10 :APA PENGAJARANNYA? Part 2 : Artikel Saudara Hilal Asyraf

Sambungan dari artikel di Part 1 "Sungguh, sikap mereka telah
Allah nyatakan di dalam Al-
Quran semenjak dahulu lagi.
Kita mungkin sebelum ini
menyangka bahawa Israel hanya
bermusuh dengan manusia di
Palestina. Tetapi itulah kesilapan
kita. Hakikatnya Israel bermusuh
dengan sesiapa sahaja yang
berusaha melakukan kebaikan.
Sebab itu mereka tidak teragak-
agak membunuh mereka yang
ada di atas kapal semalam.
Mereka juga tidak teragak-agak
membuat tuduhan palsu.
Allah ingin menyatakan kepada
kita, itulah dia Israel. Bukannya
Israel tidak tahu bahawa kapal
itu sedang diperhatikan
perjalanannya oleh seluruh
dunia. Tetapi mereka tetap
berani melakukan sedemikian
teruknya. Maka, pastinya lebih
teruk lagi telah mereka kerjakan
Palestin yang terputus dari
dunia dikelilingi tembok
kematian.
Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai
dunia. Itulah dia yang kita
sokong selama ini secara tidak
langsung menggunakan hiburan
yang melampau, menggunakan
dosa-dosa, menggunakan
maksiat kepada Allah SWT.
Secara tidak langsung, kita
menjadi askar-askar senyap
mereka yang membuatkan
merkea kuat hingga ke hari ini.
Sungguh hairan orang yang
masih redha dengan
kehidupannya yang bernaung
bawah kekuasaan manusia yang
ingkar dengan Allah SWT jika dia
menyedari hal ini.

Jalan kemenangan bukan
dengan jeritan
Saya dapat melihat betapa
jeritan, laungan, seruan di dalam
Facebook atau di mana-mana
sahaja berkenaan peristiwa ini
akan senyap tidak berapa masa
lagi. Forward-memforward
gambar akan berhenti. Post-
post berkenaan Palestin akan
surut kembali tidak lama lagi.
Saya kira, nanti apabila tawanan
perang dibebaskan, dunia akan
senyap kembali. Alangkan
pembunuhan besar-besaran
seperti Shabra dan Shatilla yang
menggemparkan dunia pun
akhirnya senyap begitu sahaja.
Apatah lagi 20 orang yang mati
di atas kapal yang cuba
merentas Gaza tanpa kebenaran
Israel?


Ya, itu realitinya. Jiwa ummat
terbius. Semangat hanya
hangat-hangat tahi ayam. Kita
sampai satu tahap rasa telah
menang. Menang sorak sahaja
hakikatnya. Kita rasa puas
dengan membakar bendera
Israel. Mendelete lambang-
lambangnya di dalam komputer.
Menyelar-nyelarnya di dalam
internet. Mendoa laknat dan
kehancuran untuk mereka.
Tetapi kita lupa, kemenangan
memerlukan lebih daripada itu.
Kemenangan perlukan jiwa yang
memahami matlamat yang jelas.
Kemenangan memerlukan
kesatuan yang utuh.

Kemenangan perlukan
pengorbanan. Kemenangan
perlukan perancangan yang
bersistematik. Kemenangan
bukannya datang sepantas esok
apabila kita berusaha hari ini.
Kemenangan bukannya datang
dengan jeritan-jeritan kita.
Jerit, laung, doa, yang kini
hangat di alam maya, itu semua
hanyalah pembakar semangat.
Api, tetap akan padam jika tiada
bahan bakarnya yang konsisten.
Persoalan utama, apakah kita
telah memenuhi ciri-ciri untuk
diberikan kemenangan?
Jangan fikir jerit kita, laungan
kita, forward-forward gambar
kita, semuanya itu bermakna
untuk kemenangan seandainya
kita sendiri dalam bentuk jasad
dan kehidupan tidak bergerak
menewaskan Israel di dalam
jiwa kita, di dalam tatacara
kehidupan kita.

Israel hanya akan tewas, bila
ummah dalam kondisinya yang
baik.
Maka siapa yang menggerakkan
dirinya, memperbaiki dirinya,
dan mengajak masyarakat
sekeliling agar kembali kepada
Allah SWT? Siapa yang
menggerakkan dirinya, agar
ikhlas bersatu dengan sahabat-
sahabat muslimnya yang lain?
Siapakah yang mendidik dirinya
agar kehidupannya bergerak
atas lembayung Allah SWT?
Siapakah yang berusaha untuk
menang ini?
Penutup: Apa yang mereka ada,
apa yang kita tiada?
Akhirnya, saya suka kita
mengambil pengajaran yang
mendalam akan hal 31 Mei
2010. Memang Israel kejam.


Tetapi jika difikirkan semula,
itulah dia tugasan dan kerja
musuh-musuh Allah. Bukankah
kita yang lebih kejam daripada
Israel sekiranya kita hidup
bukan dengan kehidupan Islam
yang akhirnya membawa
kepada kelemahan ummah dan
menyebabkan peristiwa seperti
ini berlaku?
Saya suka kita memandang
zaman-zaman kemenangan
Islam. Zaman Saidina Umar Al-
Khattab dan Salahuddin Al-
Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa
yang dua zaman itu ada, dan
apa yang kita tiada?
Zaman itu ada masyarakat yang
hidup betul-betul dengan
kehidupan Islam, duduk betul-
betul di bawah lembayung
redha Allah SWT, bersatu, bersih
akhlak dan ibadah, pemimpin
yang adil, rakyat yang faham
dan semuanya tetap
menjungjung agama Allah SWT
dalam apa jua keadaan.
Zaman itu ada semua itu.
Zaman kita apa yang ada?

Maka saya melihat, jika
hendakkan kemenangan, maka
mahu atau tidak, itu semua
perlu kita dapatkan kembali.
Dahulu, negara-negara arab
pernah menggerakkan Perang
Enam Hari. Mesir, Jordan dan
Syria bergabung untuk
menewaskan Israel yang
sekangkang kera. Tetapi
akhirnya, ketiga-tiga negara itu
tewas dan akhirnya Israel
menjadi tuan mutlak ke atas
Palestina.
Kenapa mereka tidak menang?
Jawapan saya, mereka tidak
memenuhi ciri-ciri kemenangan.
Tidakkah kita mengambil
pengajaran?
Sesungguhnya, Allah itu tidak
pernah meninggalkan kita.
Tetapi kitalah yang
meninggalkan Allah SWT.""

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

0 comments:

Friday, June 4, 2010

31 MEI 10 :APA PENGAJARANNYA? Part 2 : Artikel Saudara Hilal Asyraf

Sambungan dari artikel di Part 1 "Sungguh, sikap mereka telah
Allah nyatakan di dalam Al-
Quran semenjak dahulu lagi.
Kita mungkin sebelum ini
menyangka bahawa Israel hanya
bermusuh dengan manusia di
Palestina. Tetapi itulah kesilapan
kita. Hakikatnya Israel bermusuh
dengan sesiapa sahaja yang
berusaha melakukan kebaikan.
Sebab itu mereka tidak teragak-
agak membunuh mereka yang
ada di atas kapal semalam.
Mereka juga tidak teragak-agak
membuat tuduhan palsu.
Allah ingin menyatakan kepada
kita, itulah dia Israel. Bukannya
Israel tidak tahu bahawa kapal
itu sedang diperhatikan
perjalanannya oleh seluruh
dunia. Tetapi mereka tetap
berani melakukan sedemikian
teruknya. Maka, pastinya lebih
teruk lagi telah mereka kerjakan
Palestin yang terputus dari
dunia dikelilingi tembok
kematian.
Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai
dunia. Itulah dia yang kita
sokong selama ini secara tidak
langsung menggunakan hiburan
yang melampau, menggunakan
dosa-dosa, menggunakan
maksiat kepada Allah SWT.
Secara tidak langsung, kita
menjadi askar-askar senyap
mereka yang membuatkan
merkea kuat hingga ke hari ini.
Sungguh hairan orang yang
masih redha dengan
kehidupannya yang bernaung
bawah kekuasaan manusia yang
ingkar dengan Allah SWT jika dia
menyedari hal ini.

Jalan kemenangan bukan
dengan jeritan
Saya dapat melihat betapa
jeritan, laungan, seruan di dalam
Facebook atau di mana-mana
sahaja berkenaan peristiwa ini
akan senyap tidak berapa masa
lagi. Forward-memforward
gambar akan berhenti. Post-
post berkenaan Palestin akan
surut kembali tidak lama lagi.
Saya kira, nanti apabila tawanan
perang dibebaskan, dunia akan
senyap kembali. Alangkan
pembunuhan besar-besaran
seperti Shabra dan Shatilla yang
menggemparkan dunia pun
akhirnya senyap begitu sahaja.
Apatah lagi 20 orang yang mati
di atas kapal yang cuba
merentas Gaza tanpa kebenaran
Israel?


Ya, itu realitinya. Jiwa ummat
terbius. Semangat hanya
hangat-hangat tahi ayam. Kita
sampai satu tahap rasa telah
menang. Menang sorak sahaja
hakikatnya. Kita rasa puas
dengan membakar bendera
Israel. Mendelete lambang-
lambangnya di dalam komputer.
Menyelar-nyelarnya di dalam
internet. Mendoa laknat dan
kehancuran untuk mereka.
Tetapi kita lupa, kemenangan
memerlukan lebih daripada itu.
Kemenangan perlukan jiwa yang
memahami matlamat yang jelas.
Kemenangan memerlukan
kesatuan yang utuh.

Kemenangan perlukan
pengorbanan. Kemenangan
perlukan perancangan yang
bersistematik. Kemenangan
bukannya datang sepantas esok
apabila kita berusaha hari ini.
Kemenangan bukannya datang
dengan jeritan-jeritan kita.
Jerit, laung, doa, yang kini
hangat di alam maya, itu semua
hanyalah pembakar semangat.
Api, tetap akan padam jika tiada
bahan bakarnya yang konsisten.
Persoalan utama, apakah kita
telah memenuhi ciri-ciri untuk
diberikan kemenangan?
Jangan fikir jerit kita, laungan
kita, forward-forward gambar
kita, semuanya itu bermakna
untuk kemenangan seandainya
kita sendiri dalam bentuk jasad
dan kehidupan tidak bergerak
menewaskan Israel di dalam
jiwa kita, di dalam tatacara
kehidupan kita.

Israel hanya akan tewas, bila
ummah dalam kondisinya yang
baik.
Maka siapa yang menggerakkan
dirinya, memperbaiki dirinya,
dan mengajak masyarakat
sekeliling agar kembali kepada
Allah SWT? Siapa yang
menggerakkan dirinya, agar
ikhlas bersatu dengan sahabat-
sahabat muslimnya yang lain?
Siapakah yang mendidik dirinya
agar kehidupannya bergerak
atas lembayung Allah SWT?
Siapakah yang berusaha untuk
menang ini?
Penutup: Apa yang mereka ada,
apa yang kita tiada?
Akhirnya, saya suka kita
mengambil pengajaran yang
mendalam akan hal 31 Mei
2010. Memang Israel kejam.


Tetapi jika difikirkan semula,
itulah dia tugasan dan kerja
musuh-musuh Allah. Bukankah
kita yang lebih kejam daripada
Israel sekiranya kita hidup
bukan dengan kehidupan Islam
yang akhirnya membawa
kepada kelemahan ummah dan
menyebabkan peristiwa seperti
ini berlaku?
Saya suka kita memandang
zaman-zaman kemenangan
Islam. Zaman Saidina Umar Al-
Khattab dan Salahuddin Al-
Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa
yang dua zaman itu ada, dan
apa yang kita tiada?
Zaman itu ada masyarakat yang
hidup betul-betul dengan
kehidupan Islam, duduk betul-
betul di bawah lembayung
redha Allah SWT, bersatu, bersih
akhlak dan ibadah, pemimpin
yang adil, rakyat yang faham
dan semuanya tetap
menjungjung agama Allah SWT
dalam apa jua keadaan.
Zaman itu ada semua itu.
Zaman kita apa yang ada?

Maka saya melihat, jika
hendakkan kemenangan, maka
mahu atau tidak, itu semua
perlu kita dapatkan kembali.
Dahulu, negara-negara arab
pernah menggerakkan Perang
Enam Hari. Mesir, Jordan dan
Syria bergabung untuk
menewaskan Israel yang
sekangkang kera. Tetapi
akhirnya, ketiga-tiga negara itu
tewas dan akhirnya Israel
menjadi tuan mutlak ke atas
Palestina.
Kenapa mereka tidak menang?
Jawapan saya, mereka tidak
memenuhi ciri-ciri kemenangan.
Tidakkah kita mengambil
pengajaran?
Sesungguhnya, Allah itu tidak
pernah meninggalkan kita.
Tetapi kitalah yang
meninggalkan Allah SWT.""

From the Humble Servant of The Lord .. Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..