Tuesday, June 29, 2010

TEGURAN AL-QURAN DAN SUNNAH KEPADA UMNO DAN PAS

Adakah wujud satu dalil dari Quran dan Sunnah yang membenarkan & menghalalkan perpecahan Umat Islam kepada lebih dari satu Puak di Malaysia ini?

Jika ya sila datangkan dalil dan kami berjanji akan menutup topik ini jika terbukti adanya Dalil sahih.

Bagi peminat Demokrasi ciptaan barat, sila tonton klip pendek ini dahulu sebelum memberi apa- apa komen:

http://www.youtube.com/watch?v=CH-rmht54k8

TEGURAN KEPADA UMNO

Baru-baru ini heboh isu Judi Bola dan isu ini sehingga menjadi kesempatan dibahaskan di dalam Khutbah Jumaat seperti di Masjid-masjid Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini adalah isu yang perlu dipandang serius kerana perbuatan Judi adalah suatu yang mungkar dan mesti ditegah. Adalah menjadi kewajipan para Ulama untuk menegur perbuatan memberi lesen untuk aktiviti perjudian di dalam negara.

Larangan judi begitu jelas di dalam firman Allah SWT: Allah berfirman, "Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)

Jelaslah bahawa perbuatan judi itu adalah sangat ditegah di dalam Islam dan pemerintah wajib mencegahnya kerana akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

TEGURAN TERHADAP PAS

Mengenai isu judi bola, ia dijadikan sebagai peluang untuk berkempen agar pihak kerajaan dibenci oleh Rakyat. Nasihat dari golongan Pas tentang isu judi bola ini adalah menepati syarak kerana berdasarkan dalil:

Allah berfirman, "Sesungguhnya (meminum) khamar , berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)

Namun, tidakkah pihak Pas memandang dalil diatas yang digariskan itu? Dimanakah teguran terhadap lesen kilang arak yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat di Shah Alam? Dimana perginya kelantangan suara anda yang ketika ini mencela judi bola? Allah tidak membezakan Judi dan Arak di dalam firman di atas kerana meletakkannya dalam ayat yang sama. Maka tidak boleh kita sebagai umat Islam membezakan kelantangan dalam menegur isu lesen Judi dan Arak.

Ya, mungkin ada yang menyatakan kerajaan Selangor tidak ada hak menutup kilang arak. Namun kerajaan Selangor berhak menarik semua lesen rumah urut, kedai judi 4D dan kelab malam di Selangor.

TEGURAN TEHADAP UMNO

Wahai pemimpin UMNO. Datangkanlah dalil yang membenarkan anda melebihkan MIC dan MCA berbanding PAS dari segi syarak? Apakah dalil yang digunakan oleh anda untuk melebihkan kebajikan kafir zimmi melebihi orang Islam sendiri? Tidak pernah kubaca dalam mana-mana hadith membenarkan melebihkan kafir zimmi yang baik melebihi muslim yang ingkar. Tidak pernah sama sekali wahai pemimpin Umno. Malahan kesatuan umat Islam itu menjadi fardu ain yang perlu disahut oleh siapa sahaja yang bergelar Islam.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara ” [Surah Ali-Imran ; 103]

TEGURAN TERHADAP PAS

Wahai pemimpin PAS. Datangkanlah dalil yang membenarkan anda melebihkan DAP berbanding UMNO dari segi syarak? Apakah dalil yang digunakan oleh anda untuk melebihkan kebajikan kafir zimmi melebihi orang Islam sendiri? Tidak pernah kubaca dalam mana-mana hadith membenarkan melebihkan kafir zimmi yang baik melebihi muslim yang bermaksiat. Tidak pernah sama sekali wahai pemimpin PAS. Malahan kesatuan umat Islam itu menjadi fardu ain yang perlu disahut oleh siapa sahaja yang bergelar Islam. Dulu kamu katakan kepada UMNO jika UMNO menerima Islam kamu akan bersatu bersama mereka. Kini DAP dan PKR yang jelas-jelas tidak ada perjuangan Islam di dalam perlembagaan mereka namun kamu tetap bersatu. Mana prinsip itu Wahai pemimpin PAS? Saya pasti penyokong PAS akan menggunakan alasan Tahalluf Siyasah dalam kes ini. Tapi bukan itu yang saya ingin nyatakan. Apa yang ingin saya nyatakan:

1) Bolehkah MELEBIHKAN kafir zimmi berbanding orang Islam yang lain. Ini soal melebihkan bukan soal bergabung atau tidak dengan mereka.

2) Ketika disuruh bergabung dengan UMNO, PAS kata tunggu dia terima Islam. Bila bergabung dengan DAP, dia guna alasan Tahalluf Siyasah. Ini soal prinsip.

TEGURAN TERHADAP UMNO

Wahai pemimpin Umno, jalankanlah tanggungjawabmu untuk menegakkan Syiar Islam di Malaysia. Bukan kamu tidak boleh tetapi kerana keegoan kamu untuk sentiasa berbeza dengan parti yang membangkang. Jangan kerana keegoan kamu itu kamu sanggup menggadaikan Sistem Islam dari ditegakkan. Namun segulung tahniah di atas penambahanmu tentang hukum bagi peminum arak yang dijalankan sebelum ini.

Mungkin itu langkah awal sebelum langkah besar yang bakal menjelma. Dan ingatlah firman Allah:

"Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan sesuatu yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (Al Maidah: 45)

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..