Tuesday, June 29, 2010

TEGURAN AL-QURAN DAN SUNNAH KEPADA UMNO DAN PAS (Part 2)

Dan janganlah kamu sentiasa mencari salah mereka yang membangkangmu kerana ingin menjaga kepentingan diri. Kamu adalah Ulil Amri ! Tidak boleh Ulil Amri itu mencari-cari silap dan salah rakyatnya.

Dari empat sahabat; Jubair bin Nafir, Katsir bin Murrah Miqdam bin Ma'di Karib dan Abi Umamah Al Baahili ra, dari Nabi SAW beliau bersabda, "Sesungguhnya amir (seorang pemimpin) itu apabila mencari keraguan pada manusia maka akan merosakkan mereka." (HR. Abu Dawud)

Berimanlah wahai Umno kepada hadith di atas ini. Hentikanlah sikap bersangka buruk terhadap rakyat kalian sendiri. Kasihlah mereka dan jalinkanlah hubungan ukhuwwah bersama mereka.

TEGURAN TERHADAP PAS

Wahai pemimpin PAS, kalian boleh dibanggakan kerana bersemangat menegakkan Syiar Islam. Perjuangan kamu ini dengan menegur pemimpin adalah patut dibanggakan. Teguran utama yang sering menjadi modal kalian ialah

"pemimpin tidak menegakkan hukum Allah". Maka ketahuilah wahai PAS bahawa hukum Allah itu tidak hanya terletak pada sistem mahkamah semata. Hukum Allah itu adalah menyeluruh termasuk di dalam hal kehidupan seharian dan kewajipan menjaga Akhlak. Jika kamu menuduh pihak Umno melanggar hukum, tidakkah kamu sedar kamu juga melanggar hukum dalam pelbagai dalil?

Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut ”. [Taha: 43&44].

Dalil di atas ini membuktikan jika ingin menegur pemerintah seperti Firaun Laknatullah itu sekalipun perlu dengan secara lemah lembut dan berakhlak.

Bolehkah kamu menegur pemimpin beragama Islam dengan mengatakan mereka barua? anak haram? celaka dan sebagainya?

Sabda Nabi s.a.w: “sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Riwayat Imam Ahmad, sahih].

Wahai pemimpin PAS, sangat dibanggakan jika kalian ingin membentuk parti kerana untuk menegur silap Kerajaan dengan cara yang mulia dan baik. Namun adalah menjadi kemungkaran jika kalian keluar di jalanan dengan niat memberontak kepada pemimpin beragama Islam sekali pun pemimpin itu pembuat maksiat:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia ”.

Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’

Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah (hanya pada arahan yang bukan maksiat )”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al- Bukhari & Muslim]

Adakah Rasulullah itu alpa kerana menyuruh supaya tidak memberontak kepada pemimpin Islam sekali pun mereka zalim dan bermaksiat?

Tidak, Rasulullah SAW dan Allah SWT lebih tahu bahawa perpecahan Umat Islam lebih memberikan impak yang dahsyat kepada Ummah berbanding pemimpin yang bermaksiat.

Tidak ada satu pun Imam Mazhab memberontak dan mencaci maki pemimpin sekalipun dipenjara dan diseksa:

Imam Abu Hanifah r.h: Beliau telah dipenjarakan oleh Khalifah al-Mansur al-Abbasi hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Qadi (Hakim). Abu Hanifah r.h tidak pernah sama sekali membenarkan kaum muslimin menentang atau memberontak terhadap al-Mansur sehingga beliau wafat dalam penjara.

Imam Malik bin Anas r.h: Di zaman beliau terdapat pemberontakan terhadap al- Mansur (yakni Khalifah al-Mansur yang menghukum Abu Hanifah tadi) kemudian pemberontak ini berjaya menawan Madinah dan dipaksa untuk membaiat pemimpin mereka. Imam Malik enggan menderhaka pada Khalifah dan sanggup diseksa walaupun diketahui al-Masnur seorang yang zalim.

Imam al-Syafii r.h: Beliau telah ditangkap dan ditahan tanpa usul periksa dan dituduh sebagai pemberontak oleh Khalifah Harun al-Rasyid r.h, namun Imam Syafii setelah dibebaskan tidak pernah berdendam dengan khalifah bahkan sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Khalifah al-Makmun dan al- Muktasim telah menyiksa beliau kerana keengganan menurut perintah maksiat mereka mengatakan al-Qur ’an makhluk. Namun, Imam Ahmad melarang para pengikutnya yakni ASWJ memberontak.

Fikir-fikirkanlah teguran ini Wahai PAS dan UMNO.

Akhir kata, kami ingin menyatakan bahawa kami tidaklah sempurna dan pastilah manusia biasa yang adakalanya melakukan kesilapan. Jika tulisan kami bertepatan dengan Quran dan Sunnah, maka ambillah. Jika tidak bertepatan dengan Quran dan Sunnah, maka tinggalkanlah.

Imam Malik berkata: (mazhab maliki) “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah. ” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32) -

-Teguran Ikhlas dari page Hari Kiamat Sudah Dekat di FB, telah diambil dan diubahsuai-

salam

0 comments:

No comments:

Post a Comment

Thou art here to read and think and comprehend and relate and smile!!

iqra'.. Bismi Rabb.. Umat islam kini bagai buih dilautan.. Dilanda ombak ia hilang. Ditiup angin ia pecah..